0

Malam Anugerah Diamond (Update)

Akhirnya malam yang dinanti-nanti telah tiba. Malam gilang gemilang buat aku dan usahawan-usahawan lain yang berjaya. Malam yang cukup meriah, kerana dihadiri lebih 2 ribu usahawan dari serata Malaysia dan yang paling terujanya semuanya adalah bumiputera. Ini yang selalu dikatakan oleh Sifu CDM Madon, “Melayu Baru”.

Sampai-sampai je kat lobi dewan tu kami disambut dengan penuh kemeriahan dan keindahan hiasan yang penuh warna-warni. Siap ada karpet merah lagi tu. Very the…
IMG_0631
IMG_0626
Tu baru kat area lobi je. Tak masuk dewannya lagi. Suasana dewan utama majlis memang lgemilang dan penuh keceriaaan. Yelah semua yang hadir nak meraikan kejayaan diri sendiri dan rakan-rakan seperjuangan.

Dan yang paling seronoknya, meja aku betul-betul depan pentas dan bersebelahan meja VVIP. So meja aku ni meja VIP lah.kn. Hehe..THANKS CDM!!!

IMG_0597
IMG_0602
IMG_0604

IMG_0659

IMG_0660 

Majlis dimulakan dengan ucapan dari usahawan hebat Pak Cik Tan Kai Hee. Hehe..

IMG_0600
Seterusnya, masa yang ditunggu-tunggu. Makan time, food presentation dari kakitangan MIECC.
IMG_0623

Dah habis makan, perut dah kenyang, sesi penyampaian anugerah Tabung Kereta. Apa kah? Tabung Kereta atau Car Fund bonus adalah insentif @ bonus yang diberikan kepada usahawa yang layak. Duit kereta pun dapat, gilenye meniaga ni. So this is my next target.

IMG_0640 
Kemudian disusuli anugerah DDM. Ni pun target seterusnya.

IMG_0644

Next is my turn naik pentas pulak. Punnya lah ramai yang tunggu depan stage, nak raikan aku. Hehe... Tapi yang tak bestnya time ambik anugerah tu aku tak pandang kamera. Hampeh tul.

IMG_0648

So lepas tu apa lagi berjimba-ramba sambil bergambar lah. Dan yang wat aku paling terharu semua CDM dan pemimpin-pemimpin hebat yang aku jumpa semua ucapkan tahniah, tak lupa juga insan yang tersayang.Hehe... Kat sini je aku jumpa orang yang dah berjaya ucap tahniah dan beri semangat kat aku untuk jadi macam mereka.

IMG_0657

IMG_0652
IMG_0658

Mula-mula aku tak kisah sangat dengan batch DSM yang aku dapat tu, yelah sibUk bergambo. Sabo je lah. Pastu bile tengok balik, batch tu dari TOMEI tu dan ada sebutir berlian kat tengah batch tu. Gile gempak.

P3060069


So lepas tu sibuk bergambar dah tak ambik port sangat pasal majlis. Hehe... Tapi tak sempat bergambar dengan Sifu sebab melilau ambik gambar orang lain.

IMG_0666 
IMG_0664
IMG_0634

Tapi acara yang paling menarik adalah acara yang terakhir ni, dari seorang motivator yang hebat. Lupa lak nama Haji ni.

IMG_0668

Haji ni pesan dalam ucapan beliau “Jagan takut dengan kegagalan kerana tanpa melalui kegagaln kita akan menjauhi kejayaan”. Maksudnye kehebatan seseorang tu terbukti apabila dia bangkit kembali setelah jatuh setelah menempuhi pelbagai halangan dan rintangan. Marilah kita hayati apa yang dimaksudkan oleh beliau.

Overall, malam ni memang seronok dan tak sabar nk tngu utk malam anugerah yang seterusnya. Tapi kena upgrade dari DSM ke DDM pulak ;)
0

Perginya Seorang Pemimpin dan Usahawan Hebat

Pagi tadi semasa aku tengah sibuk buat persiapan utk Malam Anugerah Diamond, leader aku call dua kali tapi aku tak sempat angkat. Ingat tak de ape-ape lah, so aku biarkan je dulu. Dalam 10 minit aku sms lah die balik. Pastu die terus kol, dengan nada yang sedih die bagitau, “Ha, Ajai meninggal!!”.

Terduduk aku dibuatnya, ye lah setau aku Ajai tak de sebarang penyakit serius pun. Memang sihat lah orangnye. Aku jadi kaku sebentar, pastu tanya balik cmane boleh jadi macam ni. So Anas bagitau yang arwah meninggal dalam kemalangan jln raya kat jalan Sg Kertas sebelum naik jalan Sg Tua. Motor yang arwah bwk bertembung dengan lori yang tengah buat U-turn dan arwah meningal di tempat kejadian.

Berderau darah aku bile dengar kisah tu.Aku pun bagitau lah partner yang lain ajak dorang ziarah arwah kat kampung die. Sampi-sampai je kat umah arwah, aku terkejut punyer lah ramai orang datang. Arwah memang ramai kawan sebab sikap die yang peramah.

So aku sempat lah melihat wajah arwah utk kali terakhir. Memang sedih, ye lah aku start bisnes dulu pun arwah yang banyak bimbing dan bentuk aku dan satu pesan arwah yang aku ingat sampai sekarang, “Kita jangan mengharapkan keajaiban, biar kita yang jadi ajaib”.


ajai
Jasamu sentiasa kukenang. Semoga Allah meletakkan arwah dalam golongan orang yang beriman. InsyaAllah...
0

Malam Anugerah Diamond

Sekali lagi Malam Anugerah Diamond dianjurkan untuk meraikan kejayaan usahawan-usahawan Hai O yang telah berjaya mencapai pangkat Diamond.

Dimond Night
Majlis penganugerahan kali ini akan diadakan di MIECC, Seri Kembangan pada 26 Feb 2011 dari 7pm hingga 12am. Malam ni aku pun dapat ambil anugerah Diamond. Jangan jealous…hehe..

Majlis ini adalah Majlis Anugerah Diamond yang pertama pada tahun ini. Kepada usahawan-usahawan yang tidak sempat untuk qualified level Diamond, jagan risau lepas ini ada lagi. Teruskan usaha anda. Yeah!!

So, kepada para usahawan di luar sana yang telah layak mencapai pangkat Diamond, setinggi-tinggi TAHNIAH aku ucapkan. Penat lelah anda diraikan pada malam ini. Tak lupa juga kepada rakan “sparing” aku, Kak Shelyza, TAHNIAH buat anda. Sememangnya anda adalah seorang yang hebat dan menjadi sumber motivasi buatku. TAHNIAH sekali lagi.

Kepada mentor-mentor dan pemimpin; CDM Fir, CDM Marina, DDM Ajai dan DSM Anas, TERIMA KASIH atas bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar anda semua. Jasa anda terus ku kenang, kerana anda telah merubah diriku dari insan biasa kepada insan luar biasa. TERIMA KASIH juga kepasa CDM-CDM hebat yang lain yang banyak menegur dan membimbing, anda semua sememangnya insan yang HEBAT.

Tak lupa juga Mak dan Abah yang mulanya membangkang tapi akhirnya menyokong usahaku untuk merubah kehidupan ini. Apa yang aku usahakan sekarang adalah untuk kebahagian dan masa depan kami sekeluarga.

Juga kepada rakan-rakan seperjuanganku; Yun, Zul, Wani, Wan, Moja, Zana, Kak Fira, Abg Wan, Abg Ayen, Kak Sal, Kak Farah, teruskan berusaha dan jangan pernah kenal erti mengalah. Kerana pengorbanan anda semua akan terbalas dengan hadiah yang cukup indah. Percayalah anda mampu mencapainya dan aku sentiasa akan membantu dan membimbing korang semua. InsyaAllah..

Sekali lagi TAHNIAH aku ucapkan kepada usahawan-usahawan yang akan diraikan pada malam penganugerahan ini. Jumpa anda di pentas Diamond 2011!!
0

Pembentukan Bentuk Badan

Premium Beautiful berfungsi membentuk 3 bahagian utama badan wanita.
rman5927l
1. Pembentukan Kontur Dada
Melangsingkan bahagian “upper body” dan membentuk bahagian dada wanita
il_fullxfull.95903376
2. Pembentukan Kontur Pinggang
MAN-WAIST
Melangsingkan bahagian perut dan membentuk kontur pinggang menjadi lebih ramping.

3. Pembentukan Kontur Pinggul
Cruel Girl Kelsey
Mengempiskan perut dan membentuk kontur pinggul dan peha yang menarik.
Kepada wanita di luar sana yang inginkan bentuk badan idaman anda silalah hubungi saya untuk keterangan lanjut.

cartoon_fitness_lady
Tiada apa yang mustahil. Anda yang tentukan penampilan anda!!
0

Peringatan Buat Wanita…

Kejadian ini berlaku di jalan Saujana Subang, berhampiran Cannon HQ lebih kurang jam 4.00pm. Kebetulan aku berada kat kawasan kejadian. Seorang wanita warganegara Indonesia telah disamun oleh pemandu teksi dan ditinggalkan di kawasan berkenaan. Aku tak lah sempat melihat kejadian tersebut tapi sempat lah tengok polis datang ambil keterangan mangsa.

IMG_0554 
Menurut mangsa, pemandu teksi tu bersubahat dengan kawannya yang berlakon sebagai penumpang. Anggaran kerugian mangsa sebanyak RM2,700 kerana rantai emas mangsa turut diragut. Cian weh.

IMG_0555

IMG_0557

IMG_0559

So, pesanan khidmat masyarakat Mr Cinnamon kepada wanita di luar sana sentiasa berhati-hati ketika menaiki teksi dan JANGAN menaiki teksi yang ada penumpang lain di dalamnya terutamanya penumpang lelaki. Dah banyak sangat dah kes macam ni. Ingat tu!!
0

Lahirnya Seorang CDM Warisan…

Setelah 2 tahun 3 bulan mendirikan rumah tangga, akhirnya CDM Fir dan CDM Marina dikurniakan seorang puteri yang dinamakan Firdalish Amani.

IMG_0499
Firdalish Amani selamat dilahirkan tepat jam 8.30am, 21 Feb 2011 di Prince Court Medical Center. Tahniah kepada CDM Fir, akhirnya menjadi Daddy..hehe..

IMG_0521
So malam tu sempat lah aku menjenguk newborn CDM ni. Fist time jejak kaki kat Prince Court ni rasa macam pelik and jakun kejap. Ye lah nak cakap hospital tak macam hospital pun. Selalunya hospital mesti ada bau ubat dan sesak. Tapi hospital ni dah macam hotel. Terkesima sebentar.

IMG_0517
IMG_0486 
IMG_0502

IMG_0503
IMG_0520

IMG_0511
Siap ada ruang tamu lagi di luar bilik CDM Marina ni. So tak da lah sesak kalau nak datang ramai-ramai. Bawak satu kampung pun tak pa.hehe..

IMG_0527
Punye lah ramai yang melawat time aku sampai tu, Sifu CDM Madon pun ada dan CDM-CDM hebat yang lain. Ibu CDM Samiah pun ada sama.

IMG_0530

Tak lupa CDM Jimmy, CDM Kamarul dan CDM Syauki pun ada melawat sekali. Semua ni bekas cekgu yang bersara awal.hehe..

IMG_0535

Tak cukup dengan hiasan dan bilik tetamu, tandas kat hospital ni pun melampau. Siap ada bathtub. Tu yang aku cakap ni bukan wad tapi bilik hotel.

IMG_0488

IMG_0524 
IMG_0525

Sekali lagi TAHNIAH diucapkan kepada CDM Fir dan CDM Marina. Moga anda dimurahkan rezeki dan diberkati Allah s.w.t.

So kepada anda di luar sana yang ingin mengetahui resepi dan rahsia kejayaan mereka ini boleh lah menghubungi saya.

Tiada bezanya anatara mereka dan anda. Kerana mereka jua insan-insan yang biasa seperti anda.

IMG_0506
0

Seminar Jom Hong Kong

Satu seminar telah diadakan di Hotel Ancasa, MITC Melaka pada 13 Feb 2011. Seminar dianjurkan oleh CDM-CDM hebat dari Melaka dan Johor. Seminar dianjurkan semperna Insentif Percutian Ke Hong Kong.
Pada awalnya, seminar dibuka untuk 200 orang peserta tetapi seramai 430 usahawan dari serata semenanjung telah hadir untuk memeriahkan majlis. Memang gempak semua usahawan-usahawan ni.

IMG_0423
IMG_0426

IMG_0425


IMG_0439
IMG_0440 
Sifu CDM Madon turut hadir pada majlis ini dan sempat menyampaikan amanat beliau.

IMG_0428
IMG_0431
IMG_0436
IMG_0432
So, tahniah kepada usahawa-usahawan yang hadir. Jumpa anda di HONG KONG!!!
Back to Top