0

Malam Anugerah Diamond (Update)

Akhirnya malam yang dinanti-nanti telah tiba. Malam gilang gemilang buat aku dan usahawan-usahawan lain yang berjaya. Malam yang cukup meriah, kerana dihadiri lebih 2 ribu usahawan dari serata Malaysia dan yang paling terujanya semuanya adalah bumiputera. Ini yang selalu dikatakan oleh Sifu CDM Madon, “Melayu Baru”.

Sampai-sampai je kat lobi dewan tu kami disambut dengan penuh kemeriahan dan keindahan hiasan yang penuh warna-warni. Siap ada karpet merah lagi tu. Very the…
IMG_0631
IMG_0626
Tu baru kat area lobi je. Tak masuk dewannya lagi. Suasana dewan utama majlis memang lgemilang dan penuh keceriaaan. Yelah semua yang hadir nak meraikan kejayaan diri sendiri dan rakan-rakan seperjuangan.

Dan yang paling seronoknya, meja aku betul-betul depan pentas dan bersebelahan meja VVIP. So meja aku ni meja VIP lah.kn. Hehe..THANKS CDM!!!

IMG_0597
IMG_0602
IMG_0604

IMG_0659

IMG_0660 

Majlis dimulakan dengan ucapan dari usahawan hebat Pak Cik Tan Kai Hee. Hehe..

IMG_0600
Seterusnya, masa yang ditunggu-tunggu. Makan time, food presentation dari kakitangan MIECC.
IMG_0623

Dah habis makan, perut dah kenyang, sesi penyampaian anugerah Tabung Kereta. Apa kah? Tabung Kereta atau Car Fund bonus adalah insentif @ bonus yang diberikan kepada usahawa yang layak. Duit kereta pun dapat, gilenye meniaga ni. So this is my next target.

IMG_0640 
Kemudian disusuli anugerah DDM. Ni pun target seterusnya.

IMG_0644

Next is my turn naik pentas pulak. Punnya lah ramai yang tunggu depan stage, nak raikan aku. Hehe... Tapi yang tak bestnya time ambik anugerah tu aku tak pandang kamera. Hampeh tul.

IMG_0648

So lepas tu apa lagi berjimba-ramba sambil bergambar lah. Dan yang wat aku paling terharu semua CDM dan pemimpin-pemimpin hebat yang aku jumpa semua ucapkan tahniah, tak lupa juga insan yang tersayang.Hehe... Kat sini je aku jumpa orang yang dah berjaya ucap tahniah dan beri semangat kat aku untuk jadi macam mereka.

IMG_0657

IMG_0652
IMG_0658

Mula-mula aku tak kisah sangat dengan batch DSM yang aku dapat tu, yelah sibUk bergambo. Sabo je lah. Pastu bile tengok balik, batch tu dari TOMEI tu dan ada sebutir berlian kat tengah batch tu. Gile gempak.

P3060069


So lepas tu sibuk bergambar dah tak ambik port sangat pasal majlis. Hehe... Tapi tak sempat bergambar dengan Sifu sebab melilau ambik gambar orang lain.

IMG_0666 
IMG_0664
IMG_0634

Tapi acara yang paling menarik adalah acara yang terakhir ni, dari seorang motivator yang hebat. Lupa lak nama Haji ni.

IMG_0668

Haji ni pesan dalam ucapan beliau “Jagan takut dengan kegagalan kerana tanpa melalui kegagaln kita akan menjauhi kejayaan”. Maksudnye kehebatan seseorang tu terbukti apabila dia bangkit kembali setelah jatuh setelah menempuhi pelbagai halangan dan rintangan. Marilah kita hayati apa yang dimaksudkan oleh beliau.

Overall, malam ni memang seronok dan tak sabar nk tngu utk malam anugerah yang seterusnya. Tapi kena upgrade dari DSM ke DDM pulak ;)

0 comments:

Post a Comment

Back to Top