0

Malam Anugerah Diamond

Sekali lagi Malam Anugerah Diamond dianjurkan untuk meraikan kejayaan usahawan-usahawan Hai O yang telah berjaya mencapai pangkat Diamond.

Dimond Night
Majlis penganugerahan kali ini akan diadakan di MIECC, Seri Kembangan pada 26 Feb 2011 dari 7pm hingga 12am. Malam ni aku pun dapat ambil anugerah Diamond. Jangan jealous…hehe..

Majlis ini adalah Majlis Anugerah Diamond yang pertama pada tahun ini. Kepada usahawan-usahawan yang tidak sempat untuk qualified level Diamond, jagan risau lepas ini ada lagi. Teruskan usaha anda. Yeah!!

So, kepada para usahawan di luar sana yang telah layak mencapai pangkat Diamond, setinggi-tinggi TAHNIAH aku ucapkan. Penat lelah anda diraikan pada malam ini. Tak lupa juga kepada rakan “sparing” aku, Kak Shelyza, TAHNIAH buat anda. Sememangnya anda adalah seorang yang hebat dan menjadi sumber motivasi buatku. TAHNIAH sekali lagi.

Kepada mentor-mentor dan pemimpin; CDM Fir, CDM Marina, DDM Ajai dan DSM Anas, TERIMA KASIH atas bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar anda semua. Jasa anda terus ku kenang, kerana anda telah merubah diriku dari insan biasa kepada insan luar biasa. TERIMA KASIH juga kepasa CDM-CDM hebat yang lain yang banyak menegur dan membimbing, anda semua sememangnya insan yang HEBAT.

Tak lupa juga Mak dan Abah yang mulanya membangkang tapi akhirnya menyokong usahaku untuk merubah kehidupan ini. Apa yang aku usahakan sekarang adalah untuk kebahagian dan masa depan kami sekeluarga.

Juga kepada rakan-rakan seperjuanganku; Yun, Zul, Wani, Wan, Moja, Zana, Kak Fira, Abg Wan, Abg Ayen, Kak Sal, Kak Farah, teruskan berusaha dan jangan pernah kenal erti mengalah. Kerana pengorbanan anda semua akan terbalas dengan hadiah yang cukup indah. Percayalah anda mampu mencapainya dan aku sentiasa akan membantu dan membimbing korang semua. InsyaAllah..

Sekali lagi TAHNIAH aku ucapkan kepada usahawan-usahawan yang akan diraikan pada malam penganugerahan ini. Jumpa anda di pentas Diamond 2011!!

0 comments:

Post a Comment

Back to Top